Selasa, 16 Jun 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

SALAM, masih ingat matapelajaran sejarah kat sekolah menengah?saya dulu, cikgu sejarah suruh buka buku, mata saya dah separuh tertutup".Betapa tak minat langsung sejarah, tapi cmne leh dapat A?Hairan2...Actually saya nak share berkenaan tarikh hari ini dengan sejarah kita, 16 Jun...Tak silap saya ni subjek tingkatan 3...(ingat2 lupa).

Tanggal 16 Jun 1948 adalah hari bermulanya komunis Tanah Melayu mengganas tanpa ampun dan Kerajaan British ketika itu, menjalankan gerak gempur secara habis-habisan dengan mengisytiharkan darurat di bumi tercinta ini. Pada pagi hari malang 61 tahun lalu itu, pengganas komunis menyerbu ke Estet Elpil, di Sungai Siput, Perak, dan tanpa teragak-agak menembak mati pengurusnya, Arthur E Walker, 50.

Pada masa sama, satu kumpulan lain menyerang ladang getah bersebelahan dengan membunuh pembantu pengurus, Ian Deare Christian, yang baru berusia 21 tahun, sebelum menembak mati pengurusnya, John Mun Allison. Tiga tragedi pada pagi itu bukan saja mengejutkan penghuni ladang getah, bukan saja di Perak bahkan ke seluruh ladang di Tanah Melayu, yang hampir semuanya milik Inggeris dan ia dilihat sebagai kempen keganasan komunis yang memang sengaja disasarkan kepada bangsa British yang berada di tanah air ketika itu. Mengimbau sejarah awal, ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada 1920-an terutama sekitar 1925. Imigran Cina membawa buku dan risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

Hasil kegiatan mereka, guru dan pelajar sekolah Cina menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura pada 1926 dan ideologi komunis mula disebarkan, berpaksikan Parti Kuomintang (KMT) yang bekerjasama dengan Parti Komunis China (PKC), di China. Perpecahan KMT-PKC pada 1927 menyebabkan PKC menghantar lima wakilnya ke Tanah Melayu dan berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada 1927, sebelum mewujudkan Parti Komunis Malaysia (PKM) pada 6 April 1930, yang beribu pejabat di Singapura. PKM diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia, selain menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu dan parti itu diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh, yang berpusat di Shanghai. Pada 6 Mac 1933, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Singapura yang membuat ketetapan bahawa matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Sejak itu, PKM melancarkan gerakan aktif, mempengaruhi kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Mereka berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja ketika zaman kemelesetan ekonomi 1930-an. Antara strategi untuk melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu ialah dengan mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan mogok. Mogok terburuk berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937, di mana 6,000 pekerja merampas lombong terbabit. Berikutan peristiwa itu, Kerajaan British mengisytiharkan Ordinan Buang Daerah (Banishment Ordinance) pada 1937 yang mengharamkan tindakan mogok. Hasilnya, ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap dan dikenakan hukuman sama ada dipenjara atau dihantar pulang ke China. Peristiwa ini sekali lagi melemahkan PKM. Bagaimanapun, apabila Jepun menyerang China pada 1937, PKM memainkan peranan penting dalam membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. PKM semakin mendapat ramai pengikut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu, kerana ramai menganggap ia sebagai pelindung orang Cina daripada penindasan Jepun. Sebelum Tanah Melayu dikuasai Jepun, anggota PKM yang dipenjarakan oleh British telah dibebaskan oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun akan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. PKM menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Mereka mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan perubatan dari Pasukan Berikat. MPAJA juga mempunyai hubungan baik dengan Pasukan 136 yang ditubuhkan oleh British. Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British dan pemerintahan selama dua minggu itu dikenali sebagai ‘Bintang Tiga’.

PKM meraikan kekalahan Jepun sebagai kemenangan mereka dan mendakwa merekalah bertanggungjawab mengalahkan Jepun di Tanah Melayu. Mereka merampas senjata tentera dan membalas dendam ke atas orang yang enggan bekerjasama, terutama yang menjadi ‘tali barut’ Jepun. Akibat tindakan PKM, berlaku pergaduhan di antara kaum Melayu dengan Cina terutama di Perak dan Johor selepas pemerintahan Jepun. Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka mengambilalih pentadbiran dari Bintang Tiga dan MPAJA dibubarkan. Anggota MPAJA diminta menyerahkan senjata mereka kepada British. Bagaimanapun, ramai anggota MPAJA yang tidak menyerahkan senjata kerana tidak yakin dengan dasar British terhadap PKM. PKM menuntut supaya mereka diberi hak dalam pentadbiran dan kerana mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM mula menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu dan semakin galak dalam misi untuk mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. PKM menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina, dengan menubuhkan pelbagai kesatuan - tidak kurang 300 mogok umum dilancarkan kesatuan sekerja antara 1946-1947.

Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Singapura bagi mengkaji semula dasar dan taktik PKM. Ketika itu, setiausaha agung PKM, Lai Tak menghilangkan diri bersama duit parti dan PKM jatuh ke tangan golongan radikal yang dipimpin Ong Boon Hua atau lebih dikenali rakyat Malaysia sebagai Chin Peng. Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis diadakan di Calcutta, India dan dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia serta Australia. Persidangan Calcutta membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis. Chin Peng yang ternyata terlalu ghairah untuk mewujudkan sebuah Republik Komunis Malaysia, tidak membuang masa mula mengubah taktiknya dengan memulakan kempen pemberontakan bersenjata. PKM asalnya berhasrat memulakan revolusi bersenjata pada September 1948, tetapi disebabkan beberapa anggotanya tidak berdisiplin, tragedi 16 Jun 1948 telah berlaku. Berikutan peristiwa ini, Kerajaan British mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 dan Undang-undang darurat dikeluarkan pada 23 Julai 1948 - PKM diharamkan.

TAMAT

Camne?Ngantok tak?walaupun sejarah ramai yang tak minat, tapi ia sangat memberi kesan kepada diri kita dan masa akan datang..Buat anak murid saya, Mariam, belajarlah sejarah dengan sungguh2..

Ahad, 7 Jun 2009

Evolusi Perbualan


Sewaktu TADIKA ( 5, 6 tahun )

Di satu sudut Taman Permainan di dalam kawasan sekolah TADIKA kelihatan dua kanak-kanak berbual sambil meminum botol minuman Ribena. Kata salah seorang temannya, “ Eh, Abah kita beli keta remort control semalam, poweeeer. Engkau ada ke?” Alaeh ! kita punya helly remort lagi power, boleh terbang. Tinggi dia terbang. Awak ada ke?” Jawab salah seorang dari kanak-kanak itu. Namun ianya disampok balek oleh temannya yang mulut masih penuh dengan air minuman Ribena, setelah menelannya ,katanya “ Nanti le kita minta abah kita beli laaaagi besar nanti boleh le awak datang main sama-sama dengan kita. Kan! Kan! “. Ye lah" jawab temannya sambil kedua-duanya berjalan masuk ke kelas.

Sewaktu Sekolah Rendah ( 11,12 tahun )

Di salah satu tempat menunggu bas di hadapan sekolah. Dua orang pelajar sedang menunggu bas sekolah sambil berbual. Kata salah seorang temannya, “ Hei! Petang ni kita main basikal kat taman sebelah nak? Budak-budak kat situ memang pandai wheely bila naik basikal jauh diorang boleh buat”. Jawab temannya ‘”Boleh juga tapi basikal aku rosak sikit, boleh le aku pinjam basikal adek engkau nanti.” “Ye lah nanti aku tanyakan adek aku tapi kau datang le awal sikit” jawab temannya. “Okey, okey, okey nanti aku datang awal “ Jawab temannya tanda setuju. Perbualan mereka habis dengan kedatangan bas sekolah yang datang mengambil pelajar sekolah di situ.

Sewaktu Sekolah Menengah (16, 17 tahun )

Di salah satu tembok pembetong di salah satu Taman Perumahan kelihatan anak-anak muda belasan tahun sekitar tingkatan 4 dan 5 sedang menyanyi dengan salah seorang memetik gitar kapok seolah-olah seperti persediaan akhir Akademik Fantasia atau peringkat final gengstarz lagaknya. Nyayian mereka bertambah bersemangat apabila beberapa orang remaja perempuan lalu di hadapan mereka dengan tersengeh-sengeh. “Woit ! tak ada lagu lain ke? Asyek lagu jiwang-jiwang je, tukar le lagu rock sikit baru le ngam.” Celah salah seorang remaja yang baru sampai untuk join sekali. “Aleh ! suara macam kodok pun ada hati nak nyanyi lagu rock konooon, pirraaaah.” Jawab salah seorang remaja yang ikut menyanyi dari tadi dengan ketawa bedekah-dekah diikuti ketawa temannya yang lain. Gelagat mereka berterusan sehinggalah ke waktu Maghrib.


Sewaktu Di Universiti ( 21, 22 tahun )

Disalah satu sudut di cafeteria di IPTA (universiti ) terkenal di Malaysia kelihatan beberapa orang siswa sedang minum minuman dalam tin sambil mengadap komputer laptop sambil mulut mengunyah burger. “Hei ! semua korang ada dapat email tak tetang sorang siswi lahir anak luar nikah kat Asrama Jati.” Tanya salah seorang dari beberapa orang siswa yang melepak kat situ. “Hei ! kau ni ketinggalan le, cerita tu dah basi dah, kita orang dah lama dapat. Ni email paling panas, nak ke ? nanti aku send kat kau.” Jawab salah seorang dari mereka yang dari tadi asyek menekan butang kat keyboard laptopnya. “Hantarkan kat aku sekali aku pun nak juga. Okey,” mencelah salah sorang lagi siswa sambil ketawa kecil. “ Woi ! kau nak ke? aku lagi banyak dapat email yang panas-panas ni.” Tanya lagi seorang siswa yang rambutnya cacak terkumpul kat tengah kepala dengan stail sikat ala ‘Ultraman’.”Naaakk” bunyi suara ramai yang menyahut meminta.Mereka bersurai setengah jam kemudian.

Sewaktu Alam Pekerjaan ( 31,32 tahun)

Seorang lelaki bergegas keluar dari salah satu bank di Ibu Kota sambil tangan kanannya memegang telephone bimbit model terkini dan tangan kiri memegang kunci kereta yang remortnya terjuntai keluar. “Hooi ! lajunya kau,” sergah seorang lelaki yang lengkap bertali leher.”Eh! mu Mat, pa kabar mu? Le ni mu kak maner? Emm! Mu dah kawin ke belum? Tanya lelaki yang bergegas keluar dari bank tadi sambil menarik tangan temannya ke tepi sedikit kerana ramai yang lalu lalang kat situ. “ Aku tinggal kat Ceras. La ni aku kerja dengan satu company dari U.S, Slumberger , base kat Bukit Bintang. Aku dah ada anak dua. Dua-dua lelaki. Kan aku ada jemput kau waktu kahwin dulu?.” Jawab lelaki yang bertali leher. “Tak perasan le aku tapi aku tak macam mu walau pun bussines aku makin maju,” terang lelaki yang keluar dari bank tadi dengan suara yang agak sedih. “ Apa masaalahnya pulak? Tanya lelaki yang bertali leher. “Aku dah bercerai dengan isteri aku, dah talak tiga. Dia main kayu tiga dengan menager di tempat kerjanya. Sedih betol aku.” Terang lelaki itu dengan suara yang makin sedih.”Habis tu anak-anak kau macam mana? tanya lelaki yang bertali leher. “Semuanya dia ambil, le ni tengah fight kat mahkamah,”terang lelaki yang keluar dari bank. “La ni perempuan memang macam tu. Tah le aku pun tak tahu nak cakap, apa pun kau kena sabar” terang kawannya mententeramkan keadaan. Mereka beredar setelah bertukar-tukar bussines card.

Sewaktu Hampir Pencen ( 48,49 tahun )

Di salah Majlis Perkahwinan di satu kampong di pinggir bandar kelihatan dua orang tetamu bercakap-cakap sambil menjamu selera nasi kenduri. “ Enkau dah berapo okhang menantu? Sei dah nak masuk tigo. Sorang kek Somban sorang la ei kek Kolompo. Yang sulong lak kek Pineng . Lotih sei dengan cucu-cucu, keletah tak dapek sei nak kobar.” Cerita seorang pakcik yang rambut putih dah lebih separuh kepalanya. “Berungtah lah engkau dah ada menantu dan ada cucu. Anak aku pula lelaki yang sulong tu tak nak kahwin lagi. Umur dah 28 katanya nak sambung belajar. Yang perempuan tu pulak banyak sangat memilihnya. Tu hari datang orang Melaka meminang, banyak pula songehnya katanya belum bersedia le, tah apa lagi.Sebelum tu datang juga orang meminang dari Penang, taknak juga katanya hitam le, mamak le, entah macam-macam lagi. Agaknya belun jodoh kot.”terang temannya yang memakai ketayap putih dan sedkit janggut putih di dagunya. Perbualan mereka terhenti dengan bunyi kompang tanda kedatangan pengantin lelaki.


Sewaktu Lepas Pencen (59,60 tahun)

Di tempat menunggu di salah satu hospital swasta kelihatan seorang tua berketayap putih dan bertongkat yang wajahnya agak sedikit pucat dengan kaki yang sedikit bengkak. Beliau ditemani oleh isterinya yang tidak lengkap bertudung sekadar diletaknya di atas kepalanya sambil merungut-rungut kerana lama menunggu. Tiba-tiba keluar dari salah satu bilik seorang lelaki tua sambil duduk di atas kerusi roda ditolak keluar oleh seorang nurse kat situ. Ianya betul-betul lalu di hadapan tempat menunggu, tiba-tiba ianya di tegur.”Assalamualaikum ! tuan haji.” Sambil tersenyum salam yang diberi oleh orang tua yang bertongkat serta bangun dengan sedikit kepayahan bersalam dengan orang tua yang berkerusi roda tadi. “Alalikum salam, apa khabar kamu Deris. Kau tengok le aku ni dah tak boleh berjalan, macam-macam penyakit ada. Lama tak nampak enkau, rasanya dah hampir lima tahun.” tanya orang tua yang berkerusi roda.” Ye la tuan haji dah hampir lima tahun, bukannya apa bebudak tu minta tinggal di rumah mereka kat kolompor sejak dah kena penyakit buah pinggang ni. Senang kata mereka untuk menggurus. Ni pun pulang sekejap je ada urusan tanah.” Terang orang tua yang bertongkat. “Eh ! Mana kawan-kawan kita yang lain, HJ.Din, HJ.Ja’far, Zali, Salleh dan HJ.Rosli,” tanya orang tua yang berkerusi roda. “Tuan Haji tak tahu ke? Hj.Din dah meninggal empat tahun yang lalu, Hj.Ja’far balek kampong kat Linggi dan meninggal di sana. Zali katanya kat Senawang sakit tenat kena strok dah hampir setahun. Salleh dengar cerita balek Kelatan, tak tahu pula ceritanya. Haji Rosli pulak sekarang ni masih kat I.C.U kena lemah jantungi. Saya dapat tahu dari anak saya yang kebetulan sama-sama kerja dengan menantu beliau.” Jelas orang tua yang bertongkat. Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki tiga puluhan datang menjemput orang tua yang berkerusi roda tadi.

Selepas 7 Tahun Kemudian

Di pagi Hari Raya 2015, di satu kawasan Tanah Perkuburan kelihatan satu keluarga berkumpul anak-anak dan cucu-cucu dengan masing-masing mulut berkumat kamit membaca al-fatihah kepada ahli kubur berkenaan.

(Kesemua mereka telah meninggal dunia)


KESIMPULANNYA...

Saudara saudari semua, ini mungkin bentuk perbualan kita. Mahu tidak mahu titik terakhir perbualan kita adalah KEMATIAN yang pastinya akan menunggu kita dan tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas darinya. Tiada ada perbualan yang sebaik perbualan melainkan perbualan yang mengajak ke arah keagamaan yang menyeru kepada kebaikan dan yang menjurus kearah perdamaian. Oleh itu perbanyakkan lah perbualan atas dasar agama.

Firman Allah swt :

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya (perbualannya) daripada orang yang menyeru (manusia) kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata ‘Sungguh, aku termasuk orang-orang yang muslim (yang berserah diri)?.” ( Fushilat :33 )

Firmannya lagi :

“Tidak ada kebaikan kepada kebanyakan bisikan (perbualan) kecuali yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan satu perdamaian sesama manusia.Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mengharapkan keredaan Allah maka kami akan memberi pahalayang besar.”(An –Nisa’ :114)

Khamis, 4 Jun 2009

Solat Fardu Rasulullah Tidak Pernah Bersendirian

KEPENTINGAN solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh umat Islam sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah. Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu realiti yang amat menyedihkan hari ini. Oleh itu, adalah penting untuk masyarakat Islam diberikan dorongan (targhib) dengan menerangkan kelebihan dan keistimewaan solat berjemaah bagi menarik mereka kepada amalan tersebut kerana ia bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Nabi Muhammad telah mendidik para sahabatnya serta umat Islam keseluruhannya sehingga akhir zaman supaya bukan sahaja menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya, bahkan supaya bertekun mengambil berat terhadap solat berjemaah. Hatta, Baginda tidak pernah bersolat fardu secara sendirian sepanjang hayatnya.

Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Rasulullah bersabda: Allah berfirman, "Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu. Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya. (Riwayat Abu Daud dan Ibu Majah).
Ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar. Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim). Apabila seseorang itu mendirikan solat dengan ikhlas bersama niat untuk memperoleh keredaan Allah dan berniat mendapatkan ganjaran (ihtisab), maka cara yang mudah ialah bersolat di masjid dengan berjemaah dan bukan melakukannya secara sendirian.

Sebagaimana seorang pekerja tidak mungkin kita melepaskan peluang untuk meraih gaji RM27 untuk sesuatu pekerjaan mudah, sebaliknya berpuas hati dengan hanya RM1. Tamsilan tersebut hanya bertujuan memberikan gambaran kerana lazimnya manusia lebih mudah memahami keuntungan atau kerugian berkaitan hal keduniaan. Namun sebenarnya keuntungan dalam amalan agama sebagaimana solat adalah terlalu besar.


Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).

Antara ganjaran lain ialah Allah akan mengurniakan lima keistimewaan;
Pertama, akan diangkat kesempitan hidup;
Kedua, akan dihindar daripada azab kubur;
Ketiga, akan menerima buku catatan amalan melalui tangan kanan;
Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat, dan
Kelima, akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sebahagian ulama meletakkan hukum bagi solat fardu lima waktu secara berjemaah untuk golongan lelaki ialah fardu ain. Manakala sebahagian ulama pula mengatakannya sebagai fardu kifayah dan sebahagian lagi ulama termasuk Imam Syafie berpendapat ia adalah sunat muakkad. *Golongan munafik Pada zaman Rasulullah, kesemua orang Islam akan datang ke masjid solat berjemaah, kecuali mereka yang benar-benar uzur manakala golongan munafik pula tidak menyertai solat Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana merasakan mereka tidak akan dapat dilihat pada dua waktu yang suasana harinya agak gelap itu.Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya iaitu keuzuran daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakan (tanpa berjemaah) tidak akan diterima. Para sahabat bertanya: Apakah keuzuran itu? Jawab Rasulullah: Takut atau sakit. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban).

Bagaimanapun ulama muktabar sepakat mengatakan bahawa perkataan ‘solat tidak akan diterima' bermaksud bahawa dia tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah melalui solat yang dikerjakan itu, sebaliknya hanya sekadar terlepas daripada kewajipan menunaikan solat fardu. Ulama menggariskan keuzuran yang dimaksudkan dalam hadis di atas termasuk cuaca yang terlampau sejuk, hujan lebat, terpaksa buang air, lapar atau dahaga, takut kepada pemiutang kalau-kalau dimintanya di tengah jalan sedangkan ia benar-benar tidak mampu, takut kepada orang zalim dan siap sedia untuk bermusafir, takut kalau-kalau terlewat atau ketinggalan.

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah).

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Said, Rasulullah bersabda: Apabila kamu melihat seorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. Lalu baginda membaca surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat...

Begitu besar ganjaran yang disediakan untuk orang yang bersolat jemaah sehinggakan mereka yang tidak sempat untuk menyertai jemaah turut diberi ganjaran seandainya sebelum itu dia menyangka solat belum selesai lagi. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi ke masjid untuk bersolat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah bersolat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka. (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim).

Sebenarnya terlalu banyak sabda Rasulullah yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah namun beberapa hadis di atas adalah memadai untuk mereka yang benar-benar mahu mengikut jejak langkah yang ditunjukkan oleh Baginda. Sesungguhnya Islam bukanlah hanya berkenaan perkara solat sahaja kerana agama yang syumul itu merangkumi segenap aspek kehidupan dan cara hidup manusia yang lengkap, namun solat adalah perkara asas dalam ajaran agama itu yang perlu dikerjakan dengan sempurna.

Dan sama ada ibadat kita diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui namun Rasulullah telah menunjukkan cara-cara bagaimana setiap amalan itu dapat diterima oleh Allah sekiranya dilakukan mengikut sunah Rasulullah, dan solat berjemaah adalah salah satu sunah Baginda. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).

Isnin, 1 Jun 2009

Kenangan Persahabatan

eh.... nape kak *** dH xde?...
..................................................................................................................................................
Semalam, seorang 'kakak' saya telah pulang ke kampung..kat Perak(jauh tu..). Sedih sangat nak berpisah dengan kakak sorang ni..tak tahu la bila boleh jumpa.Time dia kawen kot(jangan lupa jemput).Selama saya bersama, serumah, semotor(dulu la), sedulang(makan sekali), dll (banyak sangat), banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Dia banyak tolong saya.Ingat lagi dia yang temankan saya di hospital walaupun time tu dia busy.Kesian saya tengok dia tido kat atas kerusi jer.Saya bangun dari tido, dia pun bangun.Ye la, takut-takut sakit ker, lapar ker...Terharunya saya...Terima kasih kak..



Kalau bab masak, kakak sorang ni pandai wat "jemput-jemput" esp jemput2 jagung.Dia saja je cakap dia tak pandai masak tapi dia memang pandai masak(cover la time orang puji..hehe.maaf ye kak).Bukan tu saja, bab 'merempit' pun dia laju.Kadang-kadang jika naik dengan dia, mengucap panjang.Meter motor sampai 100km/j pun dia kata pelahan..Sape2 yang lemah semangat ke lemah jantung ke jangan naik motor ngan kakak ni.(Maaf sekali lagi, mungkin kak *** ingat kat motor dia, huhu..saya turut sedih.Sabar ye kak, Allah ganti yang lebih baik daripada kesedihan akak).


Tahun lepas, kami sambut Hari Raya Haji bersama-sama. Solat sunat kat masjid walaupun
hujan lebat masa tu. Lepas tu kami masak bersama-sama.Ada rendang ayam, nasi himpit, kuah kacang. Masa tu kami rasa macam kat oversea.Yela, semua orang balik kampung. Nak pergi beraya kat rumah pensyarah pun tak boleh,ramai yang balik kampung. Hanya saya, K.*** dan adik ni, *****(nama dirahsiakan atas permintaan beliau sendiri) yang dok kat rumah sewa. Jiran-jiran pula mana la sambut raya ni.Ye la, jiran-jiran bangsa Cina.


Ingat lagi masa pertama kali belajar bawa kereta.K.*** yang ajar saya.Tak ajar pun, dia dok kat tepi jer. Saya hampir-hampir nak langgar rumah orang."Lain kali, tekan clash, pastu kawal stereng"marah k.***.Tapi saya hanya senyap jer.Saya tahu, k.*** marah sebab dia sayang kat saya(sayang ker?).Masa tu, hanya Allah yang tahu.Tapi sabar kak *** dalam mendidik saya bawa kereta ACQ (Terima kasih juga pada tuan punya kereta.Jangan risau tak langgar apa2 pun).


Ada juga kenangan masa pergi bersenam petang-petang kat padang Taman Sri *****. Best kat situ, ada peralatan senamrobik. Berpeluh je,balik rumah. K.*** selalu bawa saya pergi kuliah ustaz. Masa tu saya takde lagi kenderaan sendiri. Alhamdulillah, lepas dapat JLN 5841 ni, senang skit. Saya pula bawa k.*** dan kawan-kawan lain pergi kuliah ustaz, ziarah kawan-kawan, dan macam-macam lagi la..(nak senaraikan aktiviti, belum tentu raya tahun depan habis baca).


Actually, tu serba sedikit kenangan bersama k.***. Jika cerita serba banyak, macam saya bagitau tadi, belum tentu habis.Apapun, kenangan bersama k.*** tak dapat saya lupakan.Sebelum saya mengakhiri kenangan ini, saya tuju lagu ini buat k.***.


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman

Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

P/S: Akak, ketahuilah, saya sentiasa merindui dan mengingati akak..(sob..seb..sob..seb..)
I luv Islam n my ukhti, fillah...