Khamis, 17 Julai 2008

Kelahiran baru

Semalam saya call mak, nak tanya pasal anak buah yang bakal lahir....alhamdulillah, dah lahir pun, 3 hari lepas...mak kata comel sangat,lelaki, putih cam mak dia...Ini anak buah saya yang ke2.Yang pertama lelaki juga..baru 2 tahun lebih.Teringat keletah budak kecik tu.Pernah suatu hari saya usik dia.."burung apa?" dia jawab"burung mu'ai"..sampai dia nangis.Dia banyak ikut cara org dewasa ajar dia.Ini yang penting, takut yang buruk juga jadi ikutan.Kadang2 apa yang kita tak bagi dia buat yg tu nak buat sangat.Berbalik kepada kisah si budak kecik ni...suatu hari abahnya beli basikal baru.Sebelum ini dah ada 2 basikal...yang lama ditinggalkan.Macam tu la kehidupan kita, yang lama ditinggalkan walaupun masih boleh digunakan. Yang lama tu banyak sangat pengorbanan yang dibuat.mungkin org tak faham apa yang saya cuba katakan, tapi faham2kanlah...

Layar keinsafan


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik pulang ke pangkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan...
Layarkan ku ke arah cintaMU
Tuntuni ku menggapai redhaMU
Rimbunan kasihMU ku berteduh
KepadaMU ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangis ku di kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yg lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yg kekal abadi

Harapanku...
Moga dikurniakan manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora...
Untuk ku belayar....

MESTICA-LAYAR KEINSAFAN

Kelmarin, hari ini, dan esok..

Kelmarin...
takkan datang lagi kelmarin,
walaupun kau menangis air mata darah...
masa berlalu begitu sahaja
yang tinggal hanya kenangan

hari ini...
separuh masa telah kau baziri..
tiada kisah yang menambah pahala..
tapi hanyalah dosa..
jadikan sebahagian dari masa hari ini dengan bermakna
agar kau tidak menyesal pada hari esok...

dan esok...
belum tentu kita dapat merasai hari esok..
mungkin tiada lagi esok..mungkin...

Selasa, 15 Julai 2008


semalam...

Lepas balik keje, terus balik umah..penat juga walaupun tak buat aper2 kat pejabat.at least ada laman web yang best boleh kita layari..takla membazir masa..balik jer umah, seorang sahabat ni ajak g ambik barang...apa lagi, kita pun ikut la...lagi pun ada gegar meranti(buka pose). dalam perjalanan sempat lagi kami(berdua) berusrah...ku kongsi apa yg aku dapat masa buka blog seorang sahabat, ambik medic tu...dia bagitau "Kita menelan air kencing kita sewaktu dalam kandungan ibu. Selepas kita telan, kita kencing semula dan telan semula. Ya, kita... Manusia yang hina. Dan kalau kita tak bisa kencing dan menelan air kencing kita, ertinya kita tidak normal. Bila sudah tidak normal, pengamal perubatan melabelkan perihal tidak normal itu dengan nama tertentu. Oligohydramnios – perihal tidak cukup bendalir amnion - cecair yang mengelilingi kita sewaktu kita dalam kandungan ibu. Cecair itu adalah kencing kita yang kita kencing dan telan berkali-kali. Dan kalau kamu tidak menelan air kencing kamu, oligohyramnios akan berlaku. Barangkali kamu mempunyai dysplastic kidneys atau mungkin obstructive uropathy, iaitu kamu tidak bisa kencing. Kerana kamu tak bisa kencing dan menelan air kencing kamu, kamu adalah tidak normal, barangkali kalau kamu sedang membaca tulisan saya ini, kamu patut bersyukur kerana kamu tak sampai maut dek Potter’s syndrome – akibat tidak kencing dan menelan air kencing sendiri"SUBHANALLAH ...tapi kita masih sombong, angkuh, riak dengan keadaan kita...ini menjadi ingatan buatku yang sering alpa....mudah2an ianya menjadi pengajaran buat semua...

Isnin, 14 Julai 2008

SALAM UKHUWWAH...

kepada sahabat-sahabat..berilah peringatan kepadaku agar ku tak lupa kepadaNya. Sabda Nabi SAW."seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya". Tegurlah andai diri ini leka dengan keduniaan semata-mata....

salam

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Syukur kepada Allah, masih diberi waktu untuk ku bernafas dan melihat ciptanNya...moga2 iman dan amal bertambah .."Ya Allah, jadikan hari ini lebih baik,lebih baik dan lebih baik" walaupun virus masih belum hilang, namun, kegagahi untuk beribadat dan menjalankan tugas seharian...mungkin antivirus yg 'kuat' belum terkesan dalam hati.