Selasa, 15 Julai 2008

semalam...

Lepas balik keje, terus balik umah..penat juga walaupun tak buat aper2 kat pejabat.at least ada laman web yang best boleh kita layari..takla membazir masa..balik jer umah, seorang sahabat ni ajak g ambik barang...apa lagi, kita pun ikut la...lagi pun ada gegar meranti(buka pose). dalam perjalanan sempat lagi kami(berdua) berusrah...ku kongsi apa yg aku dapat masa buka blog seorang sahabat, ambik medic tu...dia bagitau "Kita menelan air kencing kita sewaktu dalam kandungan ibu. Selepas kita telan, kita kencing semula dan telan semula. Ya, kita... Manusia yang hina. Dan kalau kita tak bisa kencing dan menelan air kencing kita, ertinya kita tidak normal. Bila sudah tidak normal, pengamal perubatan melabelkan perihal tidak normal itu dengan nama tertentu. Oligohydramnios – perihal tidak cukup bendalir amnion - cecair yang mengelilingi kita sewaktu kita dalam kandungan ibu. Cecair itu adalah kencing kita yang kita kencing dan telan berkali-kali. Dan kalau kamu tidak menelan air kencing kamu, oligohyramnios akan berlaku. Barangkali kamu mempunyai dysplastic kidneys atau mungkin obstructive uropathy, iaitu kamu tidak bisa kencing. Kerana kamu tak bisa kencing dan menelan air kencing kamu, kamu adalah tidak normal, barangkali kalau kamu sedang membaca tulisan saya ini, kamu patut bersyukur kerana kamu tak sampai maut dek Potter’s syndrome – akibat tidak kencing dan menelan air kencing sendiri"SUBHANALLAH ...tapi kita masih sombong, angkuh, riak dengan keadaan kita...ini menjadi ingatan buatku yang sering alpa....mudah2an ianya menjadi pengajaran buat semua...

Tiada ulasan: